Cara Daftar SSM Online -MohdRawi.com

May 24, 2017 | Autor: Mohd Rawi Othman | Categoria: Business, Online Business
Share Embed


Descrição do Produto

Cara Daftar SSM Online | MohdRawi.Com mohdrawi.com /cara-daftar-suruhanjaya-syarikat-malaysia-ssm-online/ Mohd Rawi Othman Anda mesti tercari-cari Cara Daftar SSM Online . Baru-baru ini Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) telah memperkenalkan satu sistem pendaftaran serta pembaharuan perniagaan yang mudah secara online. Tujuan sistem ini mereka perkenalkan kerana terdapat banyak permintaan untuk pembaharuan serta perniagaan di lakukan secara online, ada yang tak boleh beri komitment masa kerja maka ini berita baik kepada mereka yang bekerja tapi berminat untuk berniaga secara sah berdaftar dengan SSM. Kepada mereka yang baru nak daftar perniagaan dengan SSM anda boleh rujuk terus pada video di bawah : Atau layari laman www.ssm.com.my/ms untuk mengetahui sedikit maklumat mengenai jenis-jenis pendaftaran perniagaan. Anda juga boleh follow laman facebook mereka untuk ikuti perkembangan mereka melalui facebook. [ SSM Official Page ] Jika anda tiada masa yang banyak untuk lakukan pendaftaran di kaunter SSM berdekatan anda boleh Daftar SSM Online melalui portal ezbiz.ssm.com.my. Anda perlu dapatkan ID ezbiz online sebelum boleh menggunakannya. Caranya adalah sila klik video di bawah : Atau anda boleh melihat langkah-langkah berikut : Cara-cara mendapatkan ID bagi ezbiz online: 1) Lakukan Pendaftaran sebagai pengguna portal di ezbiz.ssm.com.my menggunakan e-mel yang aktif dan sah. 2) Sila pergi mana-mana kaunter SSM yang terdekat dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima melalui e-mel pengguna 3) Lakukan Pengaktifan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup) 4) Setelaj selesai segala urusan anda boleh gunakan ezbiz online serta merta.

1/2

Segala sumber rujukan ini saya ambil melalui laman facebook SSM official dan juga Youtube Channel SSM. Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran syarikat di SSM, anda boleh terus hubungi mereka melalui laman sesawang mereka di http://www.ssm.com.my/. Harap maklumat ini menjawab beberapa persoalan di fikiran anda. Jika anda rasakan maklumat ini berguna sila kongsikan kepada mereka yang memerlukan dan jangan lupa untuk tinggal jejak anda pada ruangan komen di bawah. Saya amat-amat menghargai segala komen anda. Lihat Juga beberapa perkongsian saya sebelum ini di sini : 4 Lubuk Bisnes Online RAHSIA BISNES AISKRIM UNTUNG RM5K Idea Bisnes Tanpa Modal 5 idea perniagaan yang menguntungkan

2/2

Lihat lebih banyak...

Comentários

Copyright © 2017 DADOSPDF Inc.