contoh

July 28, 2017 | Autor: Fie Fiey | Categoria: Research Proposal Writing Style
Share Embed


Descrição do Produto

1.0 PENGENALAN 1.1 TAJUK KAJIAN Kajian ini bertajuk Sejarah Adat Tradisi Peranakan Baba Nyonya di Melaka.Kajian ini merangkumi keseluruhan budaya dan peranakan Baba Nyonya di Melaka yang telah diamalkan pada masa dahulu dan juga beberapa adat dan tradisi yang masih diamalkan sehingga kini. 1.2 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini adalah bertujuan: 1.2.1 Memenuhi keperluan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Dalam kertas 940/1, iaitu Kertas Sejarah STPM. 1.2.2

Menghayati kepentingan untuk mengekalkan seni dan kebudayaan dalam adat tradisi peranakan baba nyonya.

1.2.3

Mengetahui adat tradisi peranakan baba nyonya di Melaka.

1.2.4

Menerima dan menghormati adat tradisi peranakan baba nyonya.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan seperti berikut: 1.3.1

Mengenalpasti sama ada masyarakat baba nyonya masih mengamalkan adat tradisi sehingga kini atau telah ditelan dek arus kemodenan.

1.3.2

Mengenalpasti sama ada generasi muda kini mengetahui adat tradisi peranakan baba nyonya.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN 1.4.1

Kajian ini adalah penting bagi memahami dan mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang adat tradisi yang diamalkan peranakan baba nyonya.

1.4.2

Kajian ini juga memberi kesedaran khususnya peranakan baba nyonya bagi mengekalkan adat tradisi mereka agar tidak pupus dimamah oleh arus kemodenan.

1.4.3

Kajian ini juga penting kerana pada masa kini masih terdapat responden yang hidup pada zaman ini. Jika kajian ini tidak dibuat pada masa kini , dikhuatiri kemungkinan responden-responden sudah tiada lagi sumber rujukan primer.

1.5 BATASAN / SKOP KAJIAN Kertas kerja ini memfokuskan kepada negeri Melaka sahaja. Ia adalah memfokuskan tentang budaya dan adat tradisi peranakan baba nyonya di Melaka. Di Melaka baba nyonya merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai kolonis terbesar masyarakat unik ini bertapak. Fenomena ini berlaku kerana pada zaman sebelum Kesultanan Melayu Melaka ramai perdagang-perdagang yang datang dari Negara China ke Tanah Melayu pada ketika itu kemudiannya berkahwin dengan orang Melayu. .

1.6 SOROTAN LITERATUR Terdapat banyak kajian telah dibuat sama ada dari penulisan luar negara mahupun dalam negara berkenaan dengan peranakan baba nyonya. Mengikut buku "Sejarah Melayu" edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131 yang menceritakan tentang sejarah kemasukan peranakan baba nyonya ini. Mengikut laman web “http:/www.myresipi.com/ tags/masakan_baba_nyonya”, menunjukkan Resepi Warisan Florence yang memaparkan masakan baba nyonya. Begitu juga dengan laman web yang membekalkan maklumat tentang keunikan peranakan baba nyonya iaitu “http://dondangsayangmelaka.blogspot.com/2011/07/keunikan-masyarakat-babadan-nyonya-di.html”.Laman web ini terdapat info tentang cara pemakaian peranakan baba nyonya iaitu “http://budayapakaiandimalaysia. blogspot.com/2010/08/pakaian-masyarakat-baba-dan-nyonya.html”.

1.7 METHODOLOGI KAJIAN 1.7.1

Saya menggunakan kaedah penyelidikan laman web melalui sumber internet. Kaedah mengakses internet ini digunakan untuk megetahui perkara berkaitan dengan lebih mendalam.

1.7.2

Kaedah seterusnya ialah saya akan mengagih borang soal selidik yang terdiri daripada pelbagai usia bagi mendapatkan beberapa maklumat yang diperlukan.

1.7.3

Selain itu , saya juga akan merujuk buku ilmiah yang berkaitan dengan tajuk kajian untuk mendapatkan beberapa maklumat berkaitan.

1.8 STRUKTUR ESEI Esei ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian utama: 1.8.1

Bahagian pengenalan akan membincangkan latar belakang kajian secara menyeluruh dan ringkas.

1.8.2

Bahagian isi akan dibahagikan kepada lima aspek utama: (a) Asal usul (b) Aspek cara hidup (c) Cara berpakaian (d) Adat resam (e) Masakan

1.8.3

Bahagian kesimpulan akan menyimpulkan hasil kajian yang telah dibuat berdasarkan fakta hasil pembacaan pemerhatian dan temubual dengan responden.

1.9 KESIMPULAN Secara kesimpulannya , peranakan baba nyonya di Melaka adalah masyarakat yang mempunyai cara hidup dan tradisi yang istimewa. Cara hidup mereka adalah amat menarik sekali untuk diungkapkan dan diceritakan. Walaubagaimanapun , pada masa kini , adat dan tradisi peranakan baba nyonya banyak yang telah ditinggalkan. Hal ini memandangkan masyarakat zaman sekarang kian maju. Tambahan pula , sudah ramai pula golongn cerdik pandai dalam kalangan peranakan baba nyonya yang membawa budaya dan cra hidup peranakan bandar dan menerapkannya dalam kalangan peranakan baba nyonya.

Lihat lebih banyak...

Comentários

Copyright © 2017 DADOSPDF Inc.