Ulum Quran.docx

June 2, 2017 | Autor: Affandi Muhammad | Categoria: Islamic Studies
Share Embed


Descrição do Produto

1.0 Pengenalan

Tugasan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti dan mendapatkan maklumat berkenaan dengan satu pengajian tafsir, serta menganalisis kitab tafsir yang digunakan dan menghuraikan berkenaan dengan kaedah pentafsiran dan penyampaian yang digunakan dalam pengajian ini. Sebelum kita membincangkan berkenaan dengan kuliah tafsir ini mari kita memerhatikan apakah yang dimaksudkan dengan tafsir serta hukum mempelajarinya.

Tafsir dari sudut bahasa diambil dari perkataan al-fasr yang bermaksud menyingkap sesuatu yang tertutup manakala Tafsir dari sudut istilah pula adalah penerangan tentang makna-makna al-Quran. Mempelajari tafsir adalah wajib berdasarkan firman Allah Ta'ala dalam surah (Sad 38:29) yang bermaksud "Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai akal fikiran". Ayat ini menunjukkan bahawa Allah Ta'ala telah menerangkan hikmat penurunan Al-Quran iaitu supaya manusia meneliti (tadabbur) ayat-ayatnya dan mengambil iktibar daripada isinya.

Tadabbur adalah penelitian lafaz-lafaz supaya dapat sampai ke maksudnya. Sekiranya ini tidak dilakukan, luputlah hikmah penurunan al-Quran. Ianya akan tinggal lafaz-lafaz yang tidak memberi kesan. Mengambil iktibar juga tidak mungkin sekiranya kita tidak memahami maksud al-Quran.

Firman Allah Ta'ala dalam surah (Muhammad 47:24) yang bermaksud "Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran ataukah hati mereka terkunci?". Ayat ini menunjukkan bahawa Allah Ta'ala mencela orang yang tidak meneliti al-Quran. Allah Ta'ala menerangkan bahawa perbuatan ini merupakan kesan daripada hati yang telah dikunci dan kebaikan tidak dapat sampai kepadanya.

Para salaf (generasi terdahulu) telah merintis jalan yang wajib ini. Mereka mempelajari lafaz-lafaz dan maksud-maksud Al-Quran kerana dengan ini mereka dapat beramal dengannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Ta'ala. Ini semua adalah kerana tidak mungkin untuk beramal dengan sesuatu yang tidak diketahui maksudnya.

Abu Abdul Rahman al-Sulami telah berkata,
Mereka yang telah mengajar kami Al-Quran seperti Uthman bin Affan, Abdullah bin Mas'ud dan lain-lain telah memberitahu kami bahawa dahulu apabila mereka mempelajari sepuluh ayat daripada Nabi s.a.w., mereka tidak akan menambah sehinggalah mereka mempelajari kandungannya samada ilmu ataupun amalan. Mereka berkata, "Dengan itu kami telah mempelajari al-Quran, iman dan amalan sekaligus."

Ibnu Taimiyah telah berkata,
Kebiasaannya, adalah tidak mungkin sesuatu kaum itu boleh membaca kitab tentang ilmu-ilmu seperti perubatan dan matematik tanpa mengetahui huraiannya. Justeru, bukankah begitu juga sepatutnya dilakukan terhadap kata-kata Allah yang menjadikan mereka selamat, berjaya, sejahtera dan terurus agama serta dunia mereka?

Para cendekiawan wajib menjelaskan Al-Quran kepada manusia samada dengan penulisan atau percakapan berdasarkan firman Allah Ta'ala dalam surah (Ali Imran 3:187) yang bermaksud "Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu) "Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia dan jangan kamu menyembunyikannya."

Penerangan Al-Quran kepada manusia merangkumi penerangan lafaz dan maksudnya. Dengan ini, tafsir Al-Quran adalah salah satu daripada perkara yang Allah Ta'ala ambil pengakuan para cendekiawan supaya menjelaskannya. Tujuan pengajian tafsir ialah untuk sampai ke matlamat terpuji dan memetik hasil-hasil suci iaitu membenarkan berita-berita al-Quran, mengambil faedah daripadanya dan melaksanakan hukum-hukumnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Ta'ala. Semua ini bertujuan membuahkan perlaksanaan ibadah kepada Allah Ta'ala berdasarkan ilmu yang jelas



2.0 Maklumat Pengajian

Pengajian tafsir al Quran ini telah diadakan di sebuah surau di Kulaijaya, Johor yang dinamakan sebagai Surau Ibnu Sina. Surau ini terletak di Jalan Merak 8, Bandar Putra dan ianya mula dibina pada tahun 2003. Surau ini merupakan antara surau yang aktif dalam mengadakan majlis-majlis ilmu di daerah kulaijaya. Antara program yang diadakan adalah seperti pengajian tajwid, bahasa arab, Pengajian hadis 40, forum dan banyak lagi.

Ramai para ilmuan yang telah datang ke surau ini dalam kuliah dan forum yang diadakan. Antara mereka yang pernah memberi kuliah di surau ini adalah Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli Mohd Al Bakri, Dr. Ustaz Mohd Sukki Othman, Al Fadhil Ustaz Muhadir Hj Joi , Al-Fadhil Tn Guru Ust Mat Esa Deraman, AL Fadhil Ustaz Zulkarnain Hamzah, Ustazah Siti Norhafizah Musa dan ramai lagi.

Pengajian tafsir Al-Quran yang telah saya hadiri ini diadakan pada hari Rabu 18 Mac 2015 selepas solat waktu Isyak kira-kira jam 9.15 malam. Pengajian dimulakan dengan mempelajari hukum-hukum tajwid supaya dapat membaca Al-Quran dengan betul dan kemudian barulah diikuti dengan pengajian tafsir. Pengajian ini disampaikan oleh Ustaz Hj. Mohd Nor Rashid B. Hj. Mohd Yassin dan buku tafsir yang digunakan semasa pengajian ini adalah 'Syaamil Qur'an Miracle the Reference' terbitan Sygma Publishing Syaamil Quran.

'Syaamil Quran Miracle the Reference' adalah inovasi terbaru dari Syaamil Al Quran. Disebut MIRACLE adalah kerana keluaran ini merupakan hasil pengembangan keluaran sebelumnya 'The Miracle'. Sementara THE REFERENCE adalah bermaksud bentuk pengembangannya. Ini bermaksud, Miracle The Reference (MTR) adalah 'The Miracle' yang semakin dikuatkan oleh kandungan yang banyak sebagai rujukan utama kaum muslimin.


3.0 Ulasan Buku

Al-Qur'an Miracle the Reference oleh Tim Syaamil Quran (Penyusun Bahan), Beina Prafantya (Editor), Muhammad Saifuddin (Penyusun Metodologi Tafsiriyah P), Maman Abdurrahman (Ahli Pemeriksa ), Engkos Kosasih (Ahli Pemeriksa ), Dadang Darmawan (Ahli Pemeriksa ), Kyai Amin Mukhtar (Ahli Pemeriksa ) dan Abu Z (Ahli Pemeriksa ).

Ciri-ciri isi kandungan buku ini yang saya kira amat banyak manfaatnya dan boleh dikatakan amat lengkap dan mudah bagi kita mempelajari tafsir al-Quran. Ia bukan sahaja mempunyai tafsiran ayat dan perkataan tetapi ditambah lagi dengan cirri-ciri seperti berikut.

Terjemah Tafsiriyah Per Kata
Terjemah Tafsir Per Kata adalah Al-Qur'an terjemah tafsiriyah kata per kata yang menampilkan makna setiap kata dalam Al-Qur'an dalam bahasa Indonesia yang diletakkan tepat di bawah kata-kata tersebut.

Kata kunci (Blok Ayat)
Kata kunci yang dimaksud adalah blok ayat atau pewarnaan dengan blok pada ayat-ayat dalam al Quran Terjemah Tafsiriyah Per Kata yang berfungsi sebagai kata kunci bahwa ayat-ayat yang diblok tersebut akan dibahas pada halaman sebelahnya.

Sistem Pembacaan Tajwid
Kaedah pewarnaan tajwid yang digunakan oleh Syaamil al-Qur'an merupakan kaedah yang praktik dan sistematik kerana ia menggunakan khat Rasm Utsmani yang indah dan rapi. Pewarnaan tajwid hanya menggunakan 4 warna (biru, merah, hijau & hitam) dan setiap warna tersebut memiliki fungsi yang berbeza. Warna yang relatif sedikit memudahkan aplikasi baca sesuai ilmu tajwid. Pewarnaan tajwid tersebut menggunakan prinsip-prinsip Quantum Learning.

Panduan Hukum Tajwid
Panduan hukum tajwid ini diletakkan pada setiap halaman tepat dibawah khat Al Quran. Tujuannya adalah mempermudahkan anda melihat kembali aturan tajwid sehingga anda dapat membaca Al-Quran secara tartil sebagaimana contoh Rasulullah saw.

Terjemah Lengkap Jabatan Agama
Versi terbaru terjemah Al-Qur'an resmi Jabatan Agama RI sebagai rujukan utama penerjemahan Al-Qur'an. Terjemahan ini memberikan kemudahan bagi anda untuk mengenal makna dari setiap ayat yang anda baca.

Munasabah Ayat/Surat
Bahan munasabah ayat dan surah menerangkan hubungan antar ayat atau antara surah. Dengan menggunakan rujukan tafsir Kementrian Agama RI, munasabah ayat dan surah dijelaskan secara spesifik dan sederhana.

Tafsir Ath-Thabari
Tafsir At Tabari adalah kitab tafsir paling lengkap, paling tua, dan paling
polpular di kalangan ulama dan pencari ilmu, ditulis oleh Imam Muhammad (Abu Ja'far) bin Jarir At Tabari (838 –923 M), ulama asal Tabaristan (Persia). Karya ini aslinya berjudul Jami Al-Bayan "An Ta'wil Ay Al-Qur'an, tetapi lebih popular sebagai Tafsir Ath Thabari.

Tafsir Ibnu Katsir
Dalam bidang tafsir Al Qur'an, nama Ibnu Katsir yang terkenal sebagai penulis kitab Tafsir Ibnu Katsir sudah tidak asing lagi di kalangan umat islam kerana kitab tafsirnya menjadi salah satu karya penting, agung, dan sering digunakan dalam duniaIslam.



Hadits Sahih
Materi Hadits Sahih pada dasarnya merupakan penjelasan lain untuk memperkuat pemahaman ayat-ayat berkaitan. Demi menjaga kesahihan bahan Hadis, digunakan dua kitab hadits riwayat Al Bukhari dan Muslim. Hadis Shahih ini diletakkan di bawah keterangan Tafsir Ibnu Katsir dengan blok warna coklat muda.

Do'a dan zikir
Syaamil Al Quran Miracle the Reference ini menghadirkan doa-doa dan zikir-zikir sebagai bahan pendekatan kita kepada Allah swt. Beberapa rujukan yang digunakan adalah Al Adzkar Al Muntakhabah min Kalami Sayyidil Abrar, Shahih Muslim Syarah ImamNawawi, dan Riyadusshalihin, yang merupakan karya-karya monumental Imam nawawi.

Kosakata
Kosakata merupakan sokongan agar masyarakat boleh memahami ayat al-Qur'an
melalui bahagian-bahagian perkataannya. Dalam penjelasan kosa kata, Syaamil Al-Quran Miracle fhe Reference ini bersandar kepada karya Abu Yahya Muhammad bin Shumadih At-Tujaiby yang telah menyusun mutiara kata dari ayat, manakala penjelasannya diambil dari Mukhtasar Ath-Thabari.

Asbabunnuzul
Sumber rujukan utama penyusunan asbabunnuzul ini adalah kitab Lubabunnuqul Fi Asbabinnuzul karya Imam Jalaluddin As-Suyuthi dan Kitab Asbabunnuzul Al-Wahidi. Dilengkapi pula dengan rujukan Asbabunnuzul (Kajian Pendalaman Al-Qur'an) karya A Mujab Mahali.

Doa Dalam Al Quran
Al-Qur'an adalah kalam Allah sebagai pedoman bagi manusia. Di dalamnya mengandungi doa-doa yang diajarkan langsung oleh Allah untuk kita. Syaamil Al-Quran Miracle fhe Reference ini menjelaskannya melalui penjelasan tafsiri sehingga memudahkan anda untuk memahami isi doa-doa tersebut. Dilengkapi dengan judul doa dan penjelasan berdasarkan tafsir Al Misbah Al Munir fi Tahzib Tafsir Ibnu Kasir.

Khazanah Pengetahuan
Khazanah pengetahuan berisi bukti-bukti kemukjizatan Al-Quran yang dijelaskan secara sederhana sebagai kemudahan bagi anda untuk memahami keagungan Al-Quran Berisi penjelasan ringkas mengenai ayat-ayat tentang ibadah, hukum-hukum, sejarah, tanda-tanda kebesaran Allah, tempat bersejarah, tokoh, dan wawasan keislaman lainnya.

Tanda-tanda Dalam Al-Quran
Tanda-tanda Dalam Al-Quran merupakan bahan tambahan yang berisi tentang tanda-tanda waqaf, penjelasan tentang ayat sajdah, tanda-tanda sifir, serta penjelasan ringkas tentang ayat-ayat gharibah. Selain itu dijelaskan juga struktur atau bahagian-bahagian dalam Al Quran yang meliputi surah, ayat, juz, hizb, ruku' dan manzil, juga berbagi tips-tips menarik seputar Al-Quran.

Asmaul Husna
Asmaul Husna berusaha mengungkap keindahan dibalik nama-nama Allah. Bahan ini adalah sebuah panduan sederhana yang akan menemani anda berzikir, membimbing anda menjalani hidup di bawah naungan nama-nama indah-Nya, serta membantu anda menggapai kesuksesan dunia akhirat.

Indeks Tematik
Susunan indeks tematik berdasarkan empat tema pokok Al-Quran, iaitu akidah, akhlak, syariah, dan sirah (kisah). Keempat tema pokok tersebut kemudian diklasifikasikan ke dalam 15 bahagian, iaitu arkanul islam, iman, Al-Quran, ilmu, amal, dakwah, jihad, manusia, akhlak, harta, hukum, kemasyarakatan, pertanian dan perdagangan, sejarah (kisah),dan agama-agama.

Sirah Nabawiyah
Sirah Nabawi berisi kisah-kisah penuh hikmah dalam perjalanan hidup dan dakwah Rasulullah saw. Disusun secara sederhana berdasarkan konteks yang lebih masyhur dan rujukan yang kuat, iaitu Syafiyurrahman Al Mubarakfury (Sirah nabawiyah), Abul Hasan Ali Al Hasani An Nadwi (As Sirah An Nabawiyah), dan H.M. Iwan Gayo (Buku Pintar hajidan Umrah).

4.0 Kaedah Pentafsiran.

Pengajian tafsir ini yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Noor Rashid banyak menggunakan kaedah bi al-ma'thur iaitu penafsiran ayat-ayat Al-Quran yang dibuat menggunakan penjelasan dari ayat al-Quran, hadith-hadith rasul SAW yang sahih dan riwayat para sahabat atau dengan sesuatu yang dikatakan oleh tabiin besar kerana mereka menerima perkara tersebut daripada sahabat.

Berikut adalah sumber-sumber Tafsir Al-Quran dengan kaedah bi al-Ma'thur yang digunakan beliau.

Tafsir Al-Quran dengan al-Quran
Sebaik-baik cara pentafsiran hendaklah mentafsirkan Al-Quran dengan Al-Quran, kerana perkara yang dijelaskan secara mujmal pada satu ayat diperincikan di ayat yang lain.

Sehubungan itu Ibn Kathir berkata:
"Sekiranya ada orang bertanya, apakah jalan terbaik mentafsir, maka jawapannya ialah Al-Quran itu sendiri."
Pentafsiran Al-Quran dengan Al-Quran dapat dilihat dari pelbagai sudut antaranya:
Pentafsiran terhadap ayat-ayat yang ringkas.
Pentafsiran secara yang lebih jelas terhadap ayat yang berbentuk menyeluruh "mujmal". Ayat yang menyeluruh dihuraikan lagi dengan ayat-ayat lain. Sebagai contoh kisah nabi Adam a.s dan Iblis yang dilaknat disebut secara mujmal (menyeluruh) dalam ayat 50 surah al-Kahf:

Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, Maka sujudlah mereka kecuali iblis. dia adalah dari golongan jin, Maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.

Sujud di sini berarti menghormati dan memuliakan Adam, bukanlah berarti sujud memperhambakan diri, kerana sujud memperhambakan diri itu hanyalah semata-mata kepada Allah.
Ayat ini ada dihuraikan ditempat yang lain iaitu:
Surah al-Baqarah ayat 30-39
(ii) Surah al-Araf ayat 11-27
Surah al-Hijr ayat 36-50
(iv) Surah al-Isra'ayat 61-65
(v) Surah Sad ayat 67-85

Contoh yang lain pula seperti di dalam surah al-Fatihah ayat yang ketujuh:
(Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka.
Dalam ayat ini golongan yang dikurniakan oleh Allah dengan nikmat Iman disebut secara mujmal (menyeluruh) dijelaskan pula dalam ayat 69 surah al-Nisa'.
Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya.

Pentafsiran dengan mengkhususkan ayat-ayat yang umum
Di dalam Al-Quran juga terdapat ayat-ayat yang maksudnya umum kerana lafaznya menunjukkan kepada makna yang umum sedangkan di dalam ayat yang lain terdapat ayat yang mengkhususkan makna umum yang terdapat dalam ayat tersebut. Memahami ayat dengan makna yang umum tanpa merujuk kepada ayat-ayat yang lain akan menyebabkan fahaman yang salah tentang ayat.

Contoh ayat yang umum ialah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 228:
Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'(Quru' dapat diartikan Suci atau haidh.)

Kata المطلفات adalah kata nama plural yang menjadi makrifah dengan alif dan lam, zahir ayat menunjukkan setiap wanita yang dicerai hendaklah menunggu iddah mereka selama tiga kali suci tetapi hukum ini dikhususkan dengan ayat yang lain.

Contoh ayat yang mengkhususkan hukum yang umum ini ialah:
Firman Allah SWT dalam surah Al Ahzab ayat 49:
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan- perempuan yang beriman, Kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya Maka sekali-sekali tidak wajib atas mereka 'iddah bagimu yang kamu minta menyempurnakannya. Maka berilah mereka mut'ah dan lepaskanlah mereka itu dengan cara yang sebaik- baiknya.
Apa yang dimaksud dengan mut'ah di sini adalah pemberian untuk menyenangkan hati isteri yang diceraikan sebelum dicampuri. Ayat ini mengkhususkan hukum iddah bagi isteri yang ditalak tetapi belum disetubuhi maka tidak ada iddah baginya. Hukum iddah yang umum dalam surah al-Baqarah bagi wanita yang ditalak dikhususkan dengan ayat-ayat yang lain bagi wanita yang ditalak dari kalangan yang belum disetubuhi, yang menopause atau belum baligh dan yang sedang mengandung.

Pentafsiran melalui ketentuan ikatan (muqayyad) terhadap suatu ayat yang mutlak.
Terdapat beberapa ayat dalam Al-Quran yang menyebut hukum secara mutlak (terbuka) kemudian terdapat di sana ayat mengikat (muqayyad) ayat yang mutlak maka hukum yang muqayyad hendaklah diambil. Contohnya hukum saksi. Hukum saksi disebut secara mutlak dalam dua ayat.

Pertama berkaitan saksi dalam urusan jual beli melibatkan hutang-piutang, sewa menyewa dan sebagainya . Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 282:
(Tulislah mu'amalahmu itu), kecuali jika mu'amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu,
Ayat ini menyebut tentang perintah membawa saksi dalam urusan jual beli. Saksi dalam ayat ini disebut secara terbuka tanpa mengira keadaan saksi itu Islam atau kafir, orang yang baik atau fasiq, kanak-kanak atau orang tua, lelaki atau wanita.

Kedua berkaitan saksi ketika mengembalikan harta anak yatim. Firman Allah Taala dalam surah an nisa' ayat 6:
Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, Maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (atas persaksian itu).
Ayat ini menjelaskan perintah membawa saksi semasa menyerahkan kembali anak yatim tetapi saksi dalam ayat ini adalah mutlak seperti ayat yang sebelum ini. Ayat yang mutlak ini ditaqyidkan (diikat) dengan saksi bagi wanita yang dirujuk selepas di cerai dan saksi bagi kes wasiat.

Hukum saksi bagi wanita yang dirujuk disebut dalam surah At Talaq ayat 2:
Apabila mereka Telah mendekati akhir iddahnya, Maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu Karena Allah.
Ayat surah al-Talak ini mengikat saksi dengan tiga ikatan iaitu dua orang saksi yang bersifat adil dari kalangan orang Islam.

Hukum yang sama disebut tentang saksi dalam urusan wasiat dalam surah Al-Maaidah ayat 106:
Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, Maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan dimuka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian.
Mengambil orang lain yang tidak seagama dengan kamu sebagai saksi dibolehkan, bila tidak ada orang Islam yang akan dijadikan saksi.

Menurut Imam al-Syafie kesaksian yang mutlak dalam hukum jual beli dan penyerahan harta anak yatim diikat dengan kesaksian berkaitan hukum rujuk dan hukum wasiat, maka saksi dalam urusan jual beli dan penyerahan harta anak yatim hendaklah terdiri dari dua orang saksi yang bersifat adil dari kalangan orang Islam.

Tafsir Al-Quran dengan hadith Rasulullah SAW
Tafsir Al-Quran dengan hadith Rasulullah SAW merupakan cara yang kedua mentafsirkan Al-Quran sekiranya pentafsir tidak mendapat pentafsirannya dari ayat yang lain.

Imam al-Safie menyebutkan: Segala apa yang diberikan hukumnya oleh Rasul saw, maka itu adalah apa yang baginda fahami daripada al-Quran. Firman Allah dalam (Surah al-Nisa 105)
Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang Telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), Kerana (membela) orang-orang yang khianat.
Ayat Ini dan beberapa ayat berikutnya diturunkan berhubungan dengan pencurian yang dilakukan Thu'mah dan ia menyembunyikan barang curian itu di rumah seorang Yahudi. Thu'mah tidak mengakui perbuatannya itu malah menuduh bahawa yang mencuri barang itu adalah orang Yahudi. Perkara ini diajukan oleh kerabat-kerabat Thu'mah kepada nabi SAW dan mereka meminta agar nabi membela Thu'mah dan menghukum orang-orang Yahudi, sekalipun mereka tahu bahwa yang mencuri barang itu ialah Thu'mah, nabi sendiri hampir-hampir membenarkan tuduhan Thu'mah dan kerabatnya itu terhadap orang Yahudi.

Mencari tafsiran daripada hadith adalah berasaskan kepada sabda Rasullullah SAW kepada Muaz bin Jabal ketika baginda mengutus beliau ke Yaman. Baginda bertanya kepada Muaz: "Dengan apa engkau berhukum? Jawabnya dengan kitab Allah?"
Sabda baginda: " Jika engkau tidak menjumpainya (dalam al-Quran)?"
Jawab Muaz: "Dengan sunnah Rasulullah saw,"
Sabda baginda: " Jika engkau tidak juga menjumpainya?"
Jawab Muaz: " Aku berijtihad denganpendapatku."
Maka rasulullah saw menepuk dada Muaz dan bersabda:
" Segala puji dan puja hanya bagi Allah yang telah memberikan taufik kepada utusan Rasulullah dalam perkara yang diredai oleh Rasulullah."

Pentafsiran hadith kepada Al-Quran dapat dilihat dalam beberapa bentuk iaitu
Hadith mentafsirkan terhadap ayat-ayat Al-Quran yang mujmal (menyeluruh).
Beberapa perintah dan kewajipan di dalam Al-Quran disebutkan dalam bentuk mujmal tanpa diterangkan cara-cara, syarat-syarat dan rukunnya, maka sunnah berfungsi menerangkan hukum Al-Quran yang mujmal itu.
Sebagai contoh tentang ibadat solat yang wajib ditunaikan mengikut waktunya disebut secara mujmal dalam surah An-Nisa' ayat 103:
Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.
Sunnah berupa kata-kata dan perbuatan berfungsi menjelaskan hukum Al-Quran yang bersifat umum. Daripada hadith kita dapat mengetahui waktu solat, bilangan rakaat, rukun-rukun solat, perkara-perkara sunat, makruh dan membatalkan solat. Sekiranya kita tidak mentafsirkan Al-Quran dengan sunnah dari segi perkataan dan perbuatan maka kita tidak dapat menunaikan rukun Islam solat, puasa, zakat dan haji.

Hadith mengkhususkan terhadap sesuatu ayat yang umum
Contohnya dalam firman Allah dalam surah Al An'am ayat 82 :
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman , mereka Itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Perkataan Zulm (kezaliman) dalam ayat ini pada asasnya umum. Semasa turunnya ayat ini para sahabat memahami zalim dalam ayat ini mengikut makna yang umum iaiatu apa jua bentuk dosa dan maksiat sedangkan para sahabat juga tidak maksum, ketika itu mereka bertanya kepada Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam Muslim dan Imam al-Thirmidhi daripada Ibnu Masud berkata:
Apabila turunnya ayat ini:
Para sahabat menjadi kelam-kabut dan mereka berkata kepada Rasulullah saw:
"Siapakah dikalangan kami yang tidak pernah melakukan kezaliman?"
Lalu nabi saw memberi penjelasan, Bukan ini yang dimaksudkan ayat. Tidakkah kamu mendengar pesanan Luqman kepada anaknya:
Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".Surah Luqman ayat 13.
Kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah perbuatan syirik. (Riwayat Imam al-Bukhari,no.34, riwayat Imam Muslim,no.124 dan Imam al-Thirmidhi , no.3067
Tafsir Al-Quran dengan perkataan para sahabat

Tafsir sahabat adalah antara tafsir yang patut diterima dan dijadikan pegangan kerana mereka menerima ilmu secara langsung dari Rasulullah saw. Para sahabat menyaksikan wahyu, mengetahui asbab al-Nuzul dan memiliki kemampuan dalam memahami Al-Quran (Ibn Taymiyyah)
Namun tafsir para sahabat diterima menjadi pegangan dalam tafsir Al-Quran perlulah memenuhi kriteria berikut:
a) Sanadnya baik dan tidak terputus
b) Perawinya bersifat adil dan mempunyai hafalan yang baik
c) Riwayat tidak bertentangan dengan athar sahabat lain yang lebih kuat
d) Riwayat tidak bertentangan dengan hadith nabi yang sahih
e) Tidak bertentangan dengan al-Quran

Tafsir Al-Quran dengan Pandangan Tabiin

Para ulama berselisih pandangan berhubung tafsir Al-Quran dengan pandangan Tabiin adakah ianya termasuk dalam tafsir bi al-Ma'thur atau tidak?
Pandangan yang kuat ialah tabiin termasuk dalam tafsir bi al-Ma'thur kerana mereka adalah murid kepada para sahabat.











5.0 Kesimpulan

Al-Quran merupakan syariat yang menyeluruh, sumber hikmat-kebijaksanaan, bukti (mukjizat) ke-Nabian dan cahaya bagi penglihatan (batin). Tidak ada jalan (keselamatan) menuju Allah dan tiada pegangan dari apa yang mengkhilafinya, kecuali dengannya (Al-Quran). Barangsiapa yang hendak mengetahui atas keseluruhan dari syariat (agama), berhasrat demi mencapai berbagai maksud dan mengikuti ahlinya, niscaya ia akan mengambilnya (Al-Quran) sebagai kawan setia yang dapat bercakap cakap pada malam hari dengannya. Allah SWT. telah menurunkan Al-Quran atas lisan Rasul-Nya, junjungan kita Nabi besar Muhammad saw. Apa yang diwahyukan dalam Al Qur'an merupakan keterangan yang bersifat umum (global) demi syariat dan budi pekerti yang luhur. Al-Quran mengungguli semua kitab yang telah mendahuluinya dengan penghimpunan atas peraturan agama dan dunia dengan jenjang kebahagiaan bagi umat manusia (dunia akhirat). Kisah yang ada di dalamnya bukanlah merupakan dongeng yang kosong, sebagaimana pada kitab-kitab lainnya. Bahkan (Al-Quran) secara keseluruhan mengandung banyak sekali hikmat kebijaksanaan berupa pengajaran dan peringatan tentang permasalahan umat terdahulu. Islam adalah agama fitrah, dimana Allah telah memfitrahkan (menciptakan) para manusia atasnya. Sedangkan janji dan ancaman-Nya merindukan manusia akan ketaatan, amal kebaikan, menjauhkan diri dari berbagai kejahatan (kehinaan dalam dunia) dan celaka di alam akhirat kelak.


Lihat lebih banyak...

Comentários

Copyright © 2017 DADOSPDF Inc.